~ UJIAN hanya akan " BEREHAT " selepas berlakunya KEMATIAN kita.. ~
Allah, trsentap ain dgn kata2 abah.... diri ini cuba bertakaffur, benarlah apa yang abah cakap... bahawa ujian ini akan slalu mnimpa kita selagi kita bergelar hambanya... Allah, dan tarbiyyah daripada ujian selama ini membuatkan ain rasa bahawa disebalik ujian itu terdapat 1001 ibrah yg dapat dijadikan pengajaran dan tauladan dalam ain meniti hari2 yang mendatang...
Sebenarnya entri ain kali ini lbih kepada hanya ingin berkongsi pengalaman hidup ain yg mungkin tiada2 apa2 di mata org lain... nmun ain yg melalui smua ini, dan ain yg menghadapi semua ini, dan semua ujian dan tarbiyyah ini membuatkan ain makin matang dalam mengendalikan roda putaran kehidupan ain sekarang...
Ok, the story begin.. pada masa tu, semua pelajar yg akan mnghadapi PMR sedang brtungkus-lumus memerah otak untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan dalam masa x sampai seminggu lagi... nmun aturan yg Allah aturkan dalam hidup ain teramat perit untk dilalui... klau x silap ain time tu hari selasa, daripada mula ain datang ke sekolah, ain dah rasa lain sngt2.. rasa mcm dada ain x boleh berfungsi sebaik-mungkin... Bibir ain waktu tu cuba sedaya upaya untuk tersenyum,wlau diri berat menanggung beban penderitaan... Namun Allah Yang Maha Mengatur Segala-galanya, jam 1.30 ( klau x silap ain) time tu masa ust, ain cuba sedaya upaya menahannya, nmun ain dah x berdaya, ain bagaikan orang yg x cukup oksigen untk bernafas... Ya Allah, ketika itu, bibir ini hanya mnyebut Asmamu yg agung...
Peritnya kesakitan ini hanya Allah yang tahu.. :-(.. Betapa sakitnya sehingga terasa bahawa roh yg penuh dosa ini ingin mengukapkan kata2 perpisahan kepada jasad yg dipinjamkan dari Allah sekalian lama... Sewaktu itu ain dapat melihat muka panik orang2 sekeliling termasuk ustaz sendiri...Allah, ustaz ampunkan ain andai merisaukan ustaz pada masa itu... Ain sebenarnya cuba untuk menanggung kesakitan ini seorang diri namun Takdir Allah x siapa yang tahu...
Dalam kekalutan itu, sebelum ain pengsan ain dapat melihat wajah sahabat2 yg sedang membaca yassin di tepi telingga ain, bagaikan ain sudah berada di hujung nafas....
Allah, Alhamdulilah, x sampai 30 minit abah dan ummi dah sampai di sekolah... Abah terus mendukung ain untuk dibawa ke kereta... :-) ( abah, kakak nak rasa sentiasa berada di dalam dukungan abah, kerana sewaktu tu kakak rasa selamat sangat bagai kesakitan yg dirasa terbang., abah nnti bila dri ini ditakdirkan untk pergi selamanya, abah peluk dan ciumlah jasad kaku ini kerana akak begitu inginkan pelukan abah.., pelukan seorang bapa yg penuh kasih sayang untuk anaknya)..
AllahuRabbi, sakitnya bagai x tertanggung lagi oleh tubuh kecil ain ini... Dan berita mngejutkan mnyapa di telinga setelah membuat pemeriksaan lanjutan selama beberapa minggu selepas ain dikejarkan ke Hospital... Ya Allah, Alhamdulilah, syukur Ya Allah, sepertinya ain diberi peluang kedua untk hidup walau tempohnya mungkin sudah tidak lama...

Ya Allah siapalah ain untuk meminta diberikan kesihatan seperti sedia kala sedangkan Nabi Ayup, seorang nabi Allah yang diuji dengan kesakitan yang lebih dasyat dari ain sampaikan jasadnya menjadi santapan ulat dan cacing namun hatinya semakin dekat denganMU, malah dirinya x pernah berdoa kepada Allah untuk diberi kesembuhan, sehingga akhirnya ulat dan cacing itu semakin menghampiri mukanya, barulah Nabi Allah yang mulia itupun berdoa, Ya Allah, ain begitu kagum dgn doa Nabi Ayyub ini, malu rasanya dr kerdil ini mendengar doa nabi Ayyub... " Ya Allah, Jaganlah kau biarkan ulat2 ini meratah mulutku, kerana aku takut jika aku sudah tidak boleh mnyebut Asmamu yg agung... " Allahuakbar, terasa dri ain begitu jauh dgn Allah...
AllahuRabbi, aku sebagai insan kerdil ini sepatutnya bersyukur kerana sakit ini tandanya Allah rindu akn tangisan ain... Ya Allah, nilailah setiap airmata ini sebagai ibadah kepadaMu...
Ya Allah, tolong gagahkan ain untuk menulis sedikit lagi coretan di atas tinta bisu ini, semestinya engkau mengetahui bahawa ketika ini ain sedang menahan kesakitan yg teramat susah... nmun ain nak gagahkan dr juga untk menulisnya sebagai penghargaan untk sahabat2 ain...

Buat teman2, terima kasih sangat2, x kira teman fb mahupun teman di sekolah... mengenalimu membuat diri ain x pernah jemu dalam memberi tanpa mengharapkan balasan.. Sesungguhnya, ain telah mengerti nilai cinta kalian terhadap diri ain...nmun sahabatku, andai diri ain x boleh lama untuk besamamu dalam menegakkan kalam Allah di muka bumi ini... Tolong syg2 sekalian, truskan langkah juangmu sehingga titisan darah yang terakhir.... Sesungguhnya dunia memerlukanmu untuk mentadbir alam ini dengan hukum Allah...
Allahamdulilah, dah setahun ain menanggung kesakitan ini, wlau sewaktu PMR ain sememangnya x langsung mmbuat persedian yg secukupnya kerana sewaktu itu hati ain masih bermuram durja mngetahui smuanya, nmun Allah itu Maha Hebat, result PMR ain wlau bukanlah melayakkan diri ain sebagai pelajar terbaik namun ain mmpu berdiri sama tinggi dengan org2 yg tersenyum sewaktu mnerima result itu... Ain yakin dgn kuasa Allah, dan result ain pun sebenarnya adalah Kuasa Allah..
Nmun hari itu merupakan detik yg paling cemas buat diri ain dalam meneruskan hidup... Demi meneruskan jantung berdegup dalam irama yang tidak seindah lagu, hanya ungkapan 'AshaduaAla ila Haill'ah wa' ashaduana Muhammmadu Rasulullahh, Allahuakbar3,,, and everthing just smooth like nothing..."
sakitnya menghadapi perpisahan antara nafas dgn nafas seterusnya.... Sakit yang teramat sangat...
sakit untk melepaskan nafas, dan teramat2 sakit untk mengharapkan nafas yang seterusnya...Setelah meneruskan nafas masih adakah nafas yang seterusnya?? Bagaimana menghadapi sakaratul maut?? Andai punya jawapan, pasti tidak lagi pena ini menari2 di atas keyboard kerana sudah pasti jasad ini dah tertanam di liang lahad...
~The End~... doakan kesembuhan ain, dan tlong doakan agar ain diberi hati yg teguh dalam menghadapi semua ini... :-)

SubhanaAllah.. sygku.. :'(
ReplyDeleteAkak sedih baca.. terima kasih share dengan akak sygku.. Akak doakan semoga Ain cekal ye, utk menghadapi semua ini.. Allahuakbar.. ! ;')
Engkaulah satu2nya insan yang akak kenali, paling tabah setakat ini..SubhanaAllah.. berilah dia peluang utk lebih beribadat kepadaMu Ya Allah... :)
Salam sayang dari akak, adik ain yang dikasihi dan dihormati :)
AllahuRabbi, trima kasih atas doa akak dan pnghargaan akak buat dr kerdil ini...
ReplyDeleteakak doakan ain ya, smoga smakin tampuh dlm mnghadapi smua ni... :-(